Follower

Friday, 20 February 2015

Kucing dan Seorang Makcik

Petang tadi sekitar pukol 7p.m aku berjalan pulang Dari kolej teknologi darul naim menuju ke Rumah.. Setibanya aku di kedai Siam, aku terlihat Seorang perempuan berjalan. Dia kelihatan seperti nak rebah. Aku pun mengekorinya dan bertanya, "Assalamualaikum makcik, boleh saya Tolong pegangkan barang?". Tapi sebenarnya makcik tadi adalah seorang OKU. Kesian bila melihat makcik tu. Tapi makcik kata OK dan bertanya, "Adik dari mana?" Aku pun menjawab, "Dari kolej nak balik Rumah". Kami bersembang sehinggalah dia sampai ke destinasinya.
Selepas daripada itu, aku meneruskan perjalanan Ku untuk pulang ke Rumah. Tiba2 aku terlihat seekor kucing yang terbaring di Atas jalan. Tapi ia Bukan tidur Tapi ia telah pun Mati dilanggar kereta. Bila aku hampiri, rupa2nya kucing tu adalah kucing yang Selalu Ku bermain. Sayu hati rasa, Jadi aku pun mengalihkan bangkai kucing tersebut.
Aku x mampu nak menolong lebih dan hanya itu yang aku mampu..

No comments:

Post a Comment